Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sekali lagi mengumumkan gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang bermula 8 pagi 14 Mac 2012 sehingga 8 malam 15 Mac 2012. Ini adalah kerana penyelenggaraan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam dan Kuala Langat.
Namun, SYABAS juga menyediakan 42 lori tangki air dan menempatkan 192 tangki air di tempat-tempat terpilih. Pelanggan boleh menelefon talian hotline SYABAS, 1-800-88-5252 jika terdapat pertanyaan mengenai gangguan bekalan air dan memerlukan bekalan air. [click to continue…]
{ 0 comments }

